Nash Soneta

Saturday 19 November 2011

Robot Asimo...

Syarikat Honda telah memberi idea akan terciptanya Asimo ini. Dibuat di Amerika dan telah mula diperkenalkan pada 14 Februari 2002, maka evolusi dunia manusia telah mencapai sedikit kemajuan dari tahap yang biasa. Secara asasnya, robot dicipta adalah untuk membantu manusia.

Asimo ringkasan daripada ‘Advanced Step in Innovative Mobility’. Rekaan, pembangunan dan pembuatan Asimo adalah hasil daripada sumbangan banyak pakar daripada pelbagai bidang, antaranya fizik, anatomi, matematik, sains komputer, kimia dan kejuruteraan mekanikal dan elektikal.

Fizik
Menyingkap aplikasi fizik dalam cara manusia berjalan merupakan langkah pertama dan yang paling penting dalam memahami bagaimana untuk mencipta robot yang berkaki dua ini.

Anatomi
Mempelajari struktur badan manusia dan bagaimana bahagian badan manusia yang berbeza ini berkait dan berfungsi bersama dan seterusnya menyediakan lakaran untuk robot berjalan seperti manusia.


Matematik
Pakar matematik mambantu dalam mencipta alroritma yang membenarkan Asimo berjalan dan keupayaan mengekalkan keseimbangan seperti seorang manusia.

Sains Komputer
Pakar pembangunan sistem komputer dan perisian sains komputer, menterjemahkan laporan dari ahli fizik dan matematik ke dalam maklumat yang boleh difahami oleh Asimo.

Kimia
Penyiasatan lengkap tentang komposisi bahan menyumbang pada kekuatan stuktur dan bateri yang berkesan untuk menjana Asimo.

Kejuruteraan mekanikal dan elektikal
Menggabungkan semua laporan dan pengetahuan dari semua bidang sains yang mengkaji Asimo dan menjadikan Asimo suatu yang realiti.

Asimo mempunyai banyak ciri-ciri seperti manusia dan keistimewaannya yang tersendiri. Asimo mampu berjalan sama ada berjalan perlahan mahupun laju. Berlari dengan kadar 6km per jam. Juga boleh menuruni dan menaiki tangga. Menerima, membawa dan menghantar hidangan makanan. Menari dan juga meng’conduct’ satu simfoni orkestra. Terdapat dua kamera dalam bahagian kepala Asimo yang bertindak sebagai mata yang membolehkannya dan operatornya untuk melihat keadaan sekeliling.Apa yang menariknya, kamera ini boleh menentukan jarak objek dengan menggunakan formula matematik.

No comments:

Post a Comment